Blog ini berperanan untuk mencatat aktiviti yang berkaitan dengan kampung Kiulu Baru Lumat. Sebarang penambahan adalah amat dialu-alukan dan kemaskini akan dilakukan kemudian.
Wednesday, September 2, 2015
Kampung Kiulu Baru Lumat (St.Yohanes Lumat): Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lum...
Kampung Kiulu Baru Lumat (St.Yohanes Lumat): Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lum...: KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik. Objektif ...
Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lumat
KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik. Objektif utama KKS adalah untuk mengupas inti pembacaan Injil yang dibacakan pada masa itu. Biasanya, pembacaan hari itu dipetik daripada Injil yang akan diwartakan pada hari minggu. KKS ini dimulai dengan pembacaan doa daripada pemimpin yang bersedia. Pemimpin KKS adalah berganti-ganti pada setiap minggu. Selepas pembacaan doa, pembahagian kumpulan akan dilakukan dan setiap kumpulan itu akan diketuai oleh seorang ketua. Kemudian, ketua itulah yang memimpin KKS dengan meminta mana-mana ahli yang bersedia untuk membaca petikan Injil. selesai pembacaan petikan Injil, diminta mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang tersentuh dengan mana-mana ayat petikan dengan membacanya sebanyak 3 kali. Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk merenung pembacaan hari itu, diikuti dengan perkongsian peribadi dan akhir sekali ialah pembentukan Sabda Tuhan melalui pembacaan hari itu. Satu perbincangan yang ramai akan dilakukan untuk mencantumkan Sabda Tuhan tersebut daripada kumpulan-kumpulan. Apabila Sabda Tuhan sudah terbentuk maka, sabda itulah yang akan dipegang selama seminggu.
Sebelum ini KKS hanya dijalankan di gereja sahaja dan masih kurang mendapat sambutan daripada umat. Namun kini, KKS telah mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa, senior belia dan juga junior belia. KKS ini dijalankan di rumah-rumah penduduk kampung yang sudah bersedia menerima kedatangan umat. Ianya dijalankan sebanyak 1 kali dalam seminggu. Kini KKS dipengerusi oleh Puan. Hilda George dengan pembantunya Puan. Anita Kumpat. Penulis berharap agar KKS ini dapat diteruskan dan penglibatan belia juga dapat ditingkatkan.
Gambar 1 Pelayan KKS 27 August 2015
Gambar diatas merupakan gambar terakhir KKS untuk tahun 2015 yang bertempat di rumah En. Limson iaitu KKD Kristus Gembala Baik. Sebenarnya masih banyak lagi pelayan KKS tetapi ada yang sudah berhijrah melanjutkan pelajaran dan ada yang tidak dapat menghadirkan diri.
Disediakan oleh, Canalius.
HARI KATEGIS ST. YOHANNES LUMAT BEAUFORT 31/08/2015
Pada 31 ogos 2015 bersamaan dengan hari Isnin dan juga hari kemerdekaan Sabah, gereja St. Yohannes Lumat telah meraihkan sambutan hari kategis peringkat Beaufort.
Sambutan umpama ini meruapakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan untuk mengingati dan menghargai sumbangan para kategis selain untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara mereka.
Sambutan hari kategis ini amat meriah lebih-lebih lagi dengan perisiannya seperti berkongsi pengalaman hidup, quiz, isi air dalam botol, belon terbang dan game mencari Isteri (suami ditutup mata).
Ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang dan juga kepada para belia yang telah bersusah paya untuk mengendalikan semua aktiviti ini. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Rev. Father Gilbert yang turut hadir untuk merasmikan hari kategis peringkat Beaufot. Terima kasih juga kepada para kategis kerana anda telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini.
Semasa majlis penutupan yang dipimpin oleh Rev. Father Gibert, mengumumkan bahawa Hari Kategis pada tahun hadapan bertempat di St. Thomas, Takuli dengan tarikh yang sama.
Gambar 1: Merupakan gambar kategis bersama keluarga dan Rev.Father Gilbert Paroki Beaufort 31 ogos 2015.
Gambar 2: Gambar kategis lelaki dan wanita ( 2 orang lelaki baju merah anak kategis)
Gambar 3: Anak kategis Charles (kanan) dan kategis James (kiri)
Terima Kasih, Canalius.
Rafting Kiulu Tamparuli (Rexus UMS program)
Rafting yang sungguh-sungguh mencabar, lebih-lebih lagi kalau baru main pertama kali. Namun, kegembiraan amat memenuhi kepuasan, bila berkayak dengan tenaga emapt kerat sendiri. Wah! sioknya itu di sana, Memang mencabar, airnya deras dan mungkin kalau tidak biasa nampak air tu, rasanya boleh pening juga. Tapi percayalah memang selepas sahaja selesai berkayak confirm mau lagi. Hahaha... begitulah pengalaman saya secara pribadi. Jadi kepada orang semenanjung yang suka sangat berjalan-jalan tu, saya suggest untuk pergi ke sini.
Monday, June 29, 2015
KELOMPOK KITAB SUCI ST.YOHANES LUMAT
PROGRAM MINGGU ALKITAB
1) Kuiz Alkitab (3 orang wakil untuk setiap KKD untuk kategori belia (15-34tahun) dan kategori dewasa 35 tahun ke atas. Yuran:Rm10 untuk setiap satu KKD.
TARIKH:19 JULAI 2015
ACARA YANG AKAN DIADAKAN
1) Kuiz Alkitab (3 orang wakil untuk setiap KKD untuk kategori belia (15-34tahun) dan kategori dewasa 35 tahun ke atas. Yuran:Rm10 untuk setiap satu KKD.
-Dikehendaki membaca kitab perjanjian lama Yosua 1:24, Hakim 1:21, Perjanjian Baru markus 1:16, roma 1:16.
2)Pertandingan membaca alkitab (13-15 tahun)
Kreateria yang diadili, intonasi, disiplin, lontaran suara, pakaiaan, gaya bahasa dan eyes contact.
3)Pertandingan Mazmur
-Terbuka untuk 13 tahun ke atas
-Sekiranya penyertaan ramai maka penapisan akan dilakukan pada 12 Julai 2015
4) Games cari harta karun dan susun ayat-ayat alkitab
5)Pertandingan mewarna terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7-12 Tahun (Peralatan warna sediakan sendiri)
Sunday, May 31, 2015
SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH 2015
Syukur dan puji Tuhan, seminar Hidup Baru Dalam Roh yang telah dianjurakn di kampung Kiulu Baru Lumat pada 29-31Mei (3 hari 2 malam) dapat berjalan dengan lancar. Amat mengagumkan seminar ini telah dihadiri lebih daripada 300 orang peserta. Peserta kali ini bukan sahaja daripada belia Beaufort, tetapi juga belia dari bahagian pantai barat Sabah. Semoga semua belia yang mengikuti seminar ini mendapat pembaharuan dan input yang berguna. Meskipun saya tidak mengikuti seminar ini, namun amat bersyukur pada hari pertama seminar ini dihadiri oleh father Gilbert begitu juga semasa hari terakhir. Apa yang saya tertarik ialah suatu perkongsian father Gilbert semasa homili pada hari pertama (jumaat). Father Gilbert telah memberikan satu ulasan yang panjang berkaitan dengan ketuhanan Yesus. Menurutnya, ketuhanan Yesus bukan sahaja tercatat pada kitab Injil Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament) tetapi juga terdapat tokoh lain yang menyatakan dan menulis berkaitan dengan ketuhanan Yesus (Father Gilbert, 2015). Antara tokoh tersebut ialah Jocopus dan Sostineus (ada banyak lagi tapi itu sahaja yang saya ingat). Meskipun mereka bukanlah penganut agama Krisitan namun percaya dengan ketuhanan Yesus. Bahkan, terdapat 36000 naskah luar daripada alkitab yang telah menulis tentang ketuhanan Yesus. Kenapa kita perlu sangsikan lagi tentang ketuhanan Yesus. Markus 2:5 "DOSA KAMU SUDAH DIAMPUNI", inilah satu kata yang masih segar di ingatan saya. Secara peribadi saya percaya bahawa kata-kata ini menunjukkan bahawa hanya Yesus (Immanuel) sahaja yang boleh mengampuni dosa manusia, kerana dialah nabi terakhir yang diutus oleh Tuhan untuk menghapuskan dosa manusia. Amen.
Monday, April 13, 2015
Banjir Kampung Lumat Disebabkan Air Sungai Tersumbat
Saliran air sungai tersumbat disebabkan aktiviti penebangan yang tidak terurus di hulu Kampung Kiulu Baru Lumat.
Keadaan semasa banjir yang teruk disebabkan aktiviti pembalakan tersebut.
Ekoran dengan perpindahan penduduk dari kampung Kiulu Baru Lumat (perpindahan dari ke kawasan pendalaman ke tanah Safoda), masalah banjir semakin menjadi serius. Meskipun tiada kajian mahupun siasatan lanjut yang dibuat mengenai masalah ini, namun penduduk kampung percaya bahawa ini adalah berpunca daripada penebangan pokok yang tidak terurus di Hulu, yang sekaligus menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir dengan bebas. Jika masalah ini masih berterusan penduduk kampung percaya banyak kerugian yang dialami. Antaranya, kemusnahan harta benda (infrastruktur), kemusnahan tanaman, haiwan ternakan. Bahkan ia juga menjadi masalah khususnya kepada anak-anak yang masih belajar untuk ke sekolah. Begitu juga dengan Ibu bapa yang berkerja.
Saturday, April 11, 2015
Bersama family di Zoo Johor 2014
Kenangan bersama family jalan-jalan di zoo Johor.. da lama pun.. just nak kongsi keseronokan tu.. mcm mudah dan hansem pula sya di sana (perasan jak).
AKTIVITI SEMASA UTK, PENERIMAAN SALIB SYD4, 2015
Bersempena dengan persiapan Sambutan Salib SYD4 di kampung Kiulu Baru Lumat, penduduk kampung telah bersetuju untuk membuat satu sesi perdebatan yang bertajuk "IMAN BELIA KATOLIK IBARAT PASIR DI TEPI PANTAI". Berhubung dengan perkara itu, pelajar MATRIK yang mewakili pihak pembangkang dan pelajar dari UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) mewakili pihak kerajaan telah diminta untuk mengupas dan mendebatkan tajuk tersebut. (hanya pelajar kristian yang terlibat). Berikut merupakan nama yang mewakili pihak pembangkang Sylevester, Lawrence, Eryana sementara itu pihak kerajaan pula diwakili oleh Canalius, Viegy dan Francisca. Objektif utama adalah untuk memberikan kesedaran serta memantapkan iman kepada para belia. Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar walaupun masa yang diberikan untuk membuat persiapan tidak mencukupi ekoran kesibukan yang dihadapi.
Komen saya secara peribadi adalah tidak berpuas hati dengan kupasan yang diberikan oleh pihak pembangkan disebabkan usul atau hujah yang dilontarkan kurang bukti. Bahkan mereka hanya memutarbelitkan fakta yang diberikan kepada pihak Kerajaan, tanpa mengutarakan usul baru. Hal ini menyebabkan kurangnya kupasan secara menyeluruh terhadap isu ini.
Suatu perkara yang perlu diperbaiki lagi ialah, para pengadil atau penonton harus menilai tanpa ada unsur bias atau pengadilan moral. Bahkan terima secara rohaniah tanpa melibatkan sebarang unsur emosi semata-mata. Apa yang saya lihat, semasa sesi perdebatan ini berakhir semuanya berpihak kepada pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Iman belia bukan terletak di atas pasir seolah-olah para penonton, khususnya mereka yang terlalu taksub dengan keimanan amat akui bahawa iman belia bukan ibarat pasir di tepi pantai. Apabila diusulkan perkara ini seolah-olah adalah amat berat bagi mereka untuk menerima hakikat (kerana mereka tidak melihat dan skop penglihatan mereka sangat kabur). Harap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Bagaimanapun, ini adalah kali pertama sesi perdebatan ini dilakukan. Mungkin ianya masih asing lagi bagi kita dan perlu ada penambahbaikan sepenuhnya. Diharapakan apabila sesi perdebatan yang melibatkaan kerohanian kelak, mereka yang pakar perlu dialu-alukan. Sekian.
Maaf dilafazkan kepada mana-mana yang tersinggung perasaan sekiranya membaca rencana yang cukup pendek ini.
Berkelah Di Batarakan
5 jejaka di atas tu sedang buat apa agaknya??, gambar ini tidak silap saya waktu cuti semester 1. Aktiviti di hutan (Batarakan) berkelah untuk belajar berdikari. Begini la kaedah memasak dulu-dulu, kena belajar juga supaya nanti kalau sesat di hutan tidak la mati kelaparan.
Admin First Posted
Hi semua, siapa2 yang nak cari maklumat berkenaan dengan kampung Kiulu Baru Lumat, blh la dptkan info dekat sini. Apa yg kamu perlu ketahui ??. mesti kamu tertanya2 apa yang menarik terdapat di Kampung Kiulu Baru Lumat kan??.. ok sini admin nak share sikit tentang latar belakang dan tempat yang special di sini. ... Umumnya, kampung kiulu Baru Lumat diduduki majoriti ialah orang kadazandusun. mesti banyak yang tertanya-tanya dan berasa pelik mcm mana boleh muncul masyarakat yang berbangsa dusun di sini. Sebenarnya ini semua adalah disebabkan oleh migrasi penduduk suatu masa dahulu. Nanti admin share details mcm mna migrasi tu boleh berlaku. Apa yang admin nak share di sini ialah tempat menarik tu.. hehehe.... ok , tempat menarik di sini sangat jauh perjalananya dari kawasan petempatan. so , sebelum nak pergi ke tempat menarik tu perlu sediakan makanan, air, baju lebih, kasut, n apa2 keperluan yang penting lah untuk masuk hutan. sebab tempat menarik tu terletak di hujung atau hulu hutan. so bila diakatakn pasal hulu tu apa yang kamu tahu n apa yang kamu rasa ada?.. hahaha.. mestilah air terjun kan.. kat sana lah kamu boleh selfie puas2, mandi, berkelah n banyak la aktiviti menarik kamu boleh buat dekat sini... memang best la walaupun kaki terasa amat penat untuk ke sini.. tempat ini dipanggil Batarakan. so nti klu ada masa admin akan post info2 penting berkenaan dengan kampung tu lagi la.
Subscribe to:
Posts (Atom)








