KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik. Objektif utama KKS adalah untuk mengupas inti pembacaan Injil yang dibacakan pada masa itu. Biasanya, pembacaan hari itu dipetik daripada Injil yang akan diwartakan pada hari minggu. KKS ini dimulai dengan pembacaan doa daripada pemimpin yang bersedia. Pemimpin KKS adalah berganti-ganti pada setiap minggu. Selepas pembacaan doa, pembahagian kumpulan akan dilakukan dan setiap kumpulan itu akan diketuai oleh seorang ketua. Kemudian, ketua itulah yang memimpin KKS dengan meminta mana-mana ahli yang bersedia untuk membaca petikan Injil. selesai pembacaan petikan Injil, diminta mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang tersentuh dengan mana-mana ayat petikan dengan membacanya sebanyak 3 kali. Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk merenung pembacaan hari itu, diikuti dengan perkongsian peribadi dan akhir sekali ialah pembentukan Sabda Tuhan melalui pembacaan hari itu. Satu perbincangan yang ramai akan dilakukan untuk mencantumkan Sabda Tuhan tersebut daripada kumpulan-kumpulan. Apabila Sabda Tuhan sudah terbentuk maka, sabda itulah yang akan dipegang selama seminggu.
Sebelum ini KKS hanya dijalankan di gereja sahaja dan masih kurang mendapat sambutan daripada umat. Namun kini, KKS telah mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa, senior belia dan juga junior belia. KKS ini dijalankan di rumah-rumah penduduk kampung yang sudah bersedia menerima kedatangan umat. Ianya dijalankan sebanyak 1 kali dalam seminggu. Kini KKS dipengerusi oleh Puan. Hilda George dengan pembantunya Puan. Anita Kumpat. Penulis berharap agar KKS ini dapat diteruskan dan penglibatan belia juga dapat ditingkatkan.
Gambar 1 Pelayan KKS 27 August 2015
Gambar diatas merupakan gambar terakhir KKS untuk tahun 2015 yang bertempat di rumah En. Limson iaitu KKD Kristus Gembala Baik. Sebenarnya masih banyak lagi pelayan KKS tetapi ada yang sudah berhijrah melanjutkan pelajaran dan ada yang tidak dapat menghadirkan diri.
Disediakan oleh, Canalius.

No comments:
Post a Comment