Blog ini berperanan untuk mencatat aktiviti yang berkaitan dengan kampung Kiulu Baru Lumat. Sebarang penambahan adalah amat dialu-alukan dan kemaskini akan dilakukan kemudian.
Wednesday, September 2, 2015
Kampung Kiulu Baru Lumat (St.Yohanes Lumat): Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lum...
Kampung Kiulu Baru Lumat (St.Yohanes Lumat): Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lum...: KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik. Objektif ...
Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lumat
KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik. Objektif utama KKS adalah untuk mengupas inti pembacaan Injil yang dibacakan pada masa itu. Biasanya, pembacaan hari itu dipetik daripada Injil yang akan diwartakan pada hari minggu. KKS ini dimulai dengan pembacaan doa daripada pemimpin yang bersedia. Pemimpin KKS adalah berganti-ganti pada setiap minggu. Selepas pembacaan doa, pembahagian kumpulan akan dilakukan dan setiap kumpulan itu akan diketuai oleh seorang ketua. Kemudian, ketua itulah yang memimpin KKS dengan meminta mana-mana ahli yang bersedia untuk membaca petikan Injil. selesai pembacaan petikan Injil, diminta mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang tersentuh dengan mana-mana ayat petikan dengan membacanya sebanyak 3 kali. Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk merenung pembacaan hari itu, diikuti dengan perkongsian peribadi dan akhir sekali ialah pembentukan Sabda Tuhan melalui pembacaan hari itu. Satu perbincangan yang ramai akan dilakukan untuk mencantumkan Sabda Tuhan tersebut daripada kumpulan-kumpulan. Apabila Sabda Tuhan sudah terbentuk maka, sabda itulah yang akan dipegang selama seminggu.
Sebelum ini KKS hanya dijalankan di gereja sahaja dan masih kurang mendapat sambutan daripada umat. Namun kini, KKS telah mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa, senior belia dan juga junior belia. KKS ini dijalankan di rumah-rumah penduduk kampung yang sudah bersedia menerima kedatangan umat. Ianya dijalankan sebanyak 1 kali dalam seminggu. Kini KKS dipengerusi oleh Puan. Hilda George dengan pembantunya Puan. Anita Kumpat. Penulis berharap agar KKS ini dapat diteruskan dan penglibatan belia juga dapat ditingkatkan.
Gambar 1 Pelayan KKS 27 August 2015
Gambar diatas merupakan gambar terakhir KKS untuk tahun 2015 yang bertempat di rumah En. Limson iaitu KKD Kristus Gembala Baik. Sebenarnya masih banyak lagi pelayan KKS tetapi ada yang sudah berhijrah melanjutkan pelajaran dan ada yang tidak dapat menghadirkan diri.
Disediakan oleh, Canalius.
HARI KATEGIS ST. YOHANNES LUMAT BEAUFORT 31/08/2015
Pada 31 ogos 2015 bersamaan dengan hari Isnin dan juga hari kemerdekaan Sabah, gereja St. Yohannes Lumat telah meraihkan sambutan hari kategis peringkat Beaufort.
Sambutan umpama ini meruapakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan untuk mengingati dan menghargai sumbangan para kategis selain untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara mereka.
Sambutan hari kategis ini amat meriah lebih-lebih lagi dengan perisiannya seperti berkongsi pengalaman hidup, quiz, isi air dalam botol, belon terbang dan game mencari Isteri (suami ditutup mata).
Ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang dan juga kepada para belia yang telah bersusah paya untuk mengendalikan semua aktiviti ini. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Rev. Father Gilbert yang turut hadir untuk merasmikan hari kategis peringkat Beaufot. Terima kasih juga kepada para kategis kerana anda telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini.
Semasa majlis penutupan yang dipimpin oleh Rev. Father Gibert, mengumumkan bahawa Hari Kategis pada tahun hadapan bertempat di St. Thomas, Takuli dengan tarikh yang sama.
Gambar 1: Merupakan gambar kategis bersama keluarga dan Rev.Father Gilbert Paroki Beaufort 31 ogos 2015.
Gambar 2: Gambar kategis lelaki dan wanita ( 2 orang lelaki baju merah anak kategis)
Gambar 3: Anak kategis Charles (kanan) dan kategis James (kiri)
Terima Kasih, Canalius.
Rafting Kiulu Tamparuli (Rexus UMS program)
Rafting yang sungguh-sungguh mencabar, lebih-lebih lagi kalau baru main pertama kali. Namun, kegembiraan amat memenuhi kepuasan, bila berkayak dengan tenaga emapt kerat sendiri. Wah! sioknya itu di sana, Memang mencabar, airnya deras dan mungkin kalau tidak biasa nampak air tu, rasanya boleh pening juga. Tapi percayalah memang selepas sahaja selesai berkayak confirm mau lagi. Hahaha... begitulah pengalaman saya secara pribadi. Jadi kepada orang semenanjung yang suka sangat berjalan-jalan tu, saya suggest untuk pergi ke sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



