Saliran air sungai tersumbat disebabkan aktiviti penebangan yang tidak terurus di hulu Kampung Kiulu Baru Lumat.
Keadaan semasa banjir yang teruk disebabkan aktiviti pembalakan tersebut.
Ekoran dengan perpindahan penduduk dari kampung Kiulu Baru Lumat (perpindahan dari ke kawasan pendalaman ke tanah Safoda), masalah banjir semakin menjadi serius. Meskipun tiada kajian mahupun siasatan lanjut yang dibuat mengenai masalah ini, namun penduduk kampung percaya bahawa ini adalah berpunca daripada penebangan pokok yang tidak terurus di Hulu, yang sekaligus menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir dengan bebas. Jika masalah ini masih berterusan penduduk kampung percaya banyak kerugian yang dialami. Antaranya, kemusnahan harta benda (infrastruktur), kemusnahan tanaman, haiwan ternakan. Bahkan ia juga menjadi masalah khususnya kepada anak-anak yang masih belajar untuk ke sekolah. Begitu juga dengan Ibu bapa yang berkerja.

