Saturday, April 11, 2015

Bersama family di Zoo Johor 2014









Kenangan bersama family jalan-jalan di zoo Johor.. da lama pun.. just nak kongsi keseronokan tu.. mcm  mudah dan hansem pula sya di sana (perasan jak).

AKTIVITI SEMASA UTK, PENERIMAAN SALIB SYD4, 2015

Bersempena dengan persiapan Sambutan Salib SYD4 di kampung Kiulu Baru Lumat, penduduk kampung telah bersetuju untuk membuat satu sesi perdebatan yang bertajuk "IMAN BELIA KATOLIK IBARAT PASIR DI TEPI PANTAI". Berhubung dengan perkara itu, pelajar MATRIK yang mewakili pihak pembangkang dan pelajar dari UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) mewakili pihak kerajaan telah diminta untuk mengupas dan mendebatkan tajuk tersebut. (hanya pelajar kristian yang terlibat). Berikut merupakan nama yang mewakili pihak pembangkang Sylevester, Lawrence, Eryana sementara itu pihak kerajaan pula diwakili oleh Canalius, Viegy dan Francisca. Objektif utama adalah untuk memberikan kesedaran serta memantapkan iman kepada para belia. Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar walaupun masa yang diberikan untuk membuat persiapan tidak mencukupi ekoran kesibukan yang dihadapi. 

Komen saya secara peribadi adalah tidak berpuas hati dengan kupasan yang diberikan oleh pihak pembangkan disebabkan usul atau hujah yang dilontarkan kurang bukti. Bahkan mereka hanya memutarbelitkan fakta yang diberikan kepada pihak Kerajaan, tanpa mengutarakan usul baru. Hal ini menyebabkan kurangnya kupasan secara menyeluruh terhadap isu ini.

Suatu perkara yang perlu diperbaiki lagi ialah, para pengadil atau penonton harus menilai tanpa ada unsur bias atau pengadilan moral. Bahkan terima secara rohaniah tanpa melibatkan sebarang unsur emosi semata-mata. Apa yang saya lihat, semasa sesi perdebatan ini berakhir semuanya berpihak kepada pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Iman belia bukan terletak di atas pasir seolah-olah para penonton, khususnya mereka yang terlalu taksub dengan keimanan amat akui bahawa iman belia bukan ibarat pasir di tepi pantai. Apabila diusulkan perkara ini seolah-olah adalah amat berat bagi mereka untuk menerima hakikat (kerana mereka tidak melihat dan skop penglihatan mereka sangat kabur). Harap perkara ini tidak akan berlaku lagi. 

Bagaimanapun, ini adalah kali pertama sesi perdebatan ini dilakukan. Mungkin ianya masih asing lagi bagi kita dan perlu ada penambahbaikan sepenuhnya. Diharapakan apabila sesi perdebatan yang melibatkaan kerohanian kelak, mereka yang pakar perlu dialu-alukan. Sekian.

Maaf dilafazkan kepada mana-mana yang tersinggung perasaan sekiranya membaca rencana yang cukup pendek ini.

   

Berkelah Di Batarakan


5 jejaka di atas tu sedang buat apa agaknya??, gambar ini tidak silap saya waktu cuti semester 1. Aktiviti di hutan (Batarakan) berkelah untuk belajar berdikari.  Begini la kaedah memasak dulu-dulu, kena belajar juga supaya nanti kalau sesat di hutan tidak la mati kelaparan.

Admin First Posted

Hi semua, siapa2 yang nak cari maklumat berkenaan dengan kampung Kiulu Baru Lumat, blh la dptkan info dekat sini. Apa yg kamu perlu ketahui ??. mesti kamu tertanya2 apa yang menarik terdapat di Kampung Kiulu Baru Lumat kan??.. ok sini admin nak share sikit tentang latar belakang dan tempat yang special di sini. ... Umumnya, kampung kiulu Baru Lumat diduduki majoriti ialah orang kadazandusun. mesti banyak yang tertanya-tanya dan berasa pelik mcm mana boleh muncul masyarakat yang berbangsa dusun di sini. Sebenarnya ini semua adalah disebabkan oleh migrasi penduduk suatu masa dahulu. Nanti admin share details mcm mna migrasi tu boleh berlaku. Apa yang admin nak share di sini ialah tempat menarik tu.. hehehe.... ok , tempat menarik di sini sangat jauh perjalananya dari kawasan petempatan. so , sebelum nak pergi ke tempat menarik tu perlu sediakan makanan, air, baju lebih, kasut, n apa2 keperluan yang penting lah untuk masuk hutan. sebab tempat menarik tu terletak di hujung atau hulu hutan. so bila diakatakn pasal hulu tu apa yang kamu tahu n apa yang kamu rasa ada?.. hahaha.. mestilah air terjun kan.. kat sana lah kamu boleh selfie puas2, mandi, berkelah n banyak la aktiviti menarik kamu boleh buat dekat sini... memang best la walaupun kaki terasa amat penat untuk ke sini.. tempat ini dipanggil Batarakan. so nti klu ada masa admin akan post info2 penting berkenaan dengan kampung tu lagi la.