Wednesday, September 2, 2015

HARI KATEGIS ST. YOHANNES LUMAT BEAUFORT 31/08/2015

Pada 31 ogos 2015 bersamaan dengan hari Isnin dan juga hari kemerdekaan Sabah, gereja St. Yohannes Lumat telah meraihkan sambutan hari kategis peringkat Beaufort. 

Sambutan umpama ini meruapakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan untuk mengingati dan menghargai sumbangan para kategis selain untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara mereka.

Sambutan hari kategis ini amat meriah lebih-lebih lagi dengan perisiannya seperti berkongsi pengalaman hidup, quiz, isi air dalam botol, belon terbang dan game mencari Isteri (suami ditutup mata). 

 Ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang dan juga kepada para belia yang telah bersusah paya untuk mengendalikan semua aktiviti ini. Setinggi-tinggi terima kasih  kepada Rev. Father Gilbert yang turut hadir untuk merasmikan hari kategis peringkat Beaufot. Terima kasih juga kepada para kategis kerana anda telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. 

Semasa majlis penutupan yang dipimpin oleh Rev. Father Gibert, mengumumkan bahawa Hari Kategis pada tahun hadapan bertempat di St. Thomas, Takuli dengan tarikh yang sama.



Gambar 1: Merupakan gambar kategis bersama keluarga dan Rev.Father Gilbert Paroki Beaufort 31 ogos 2015.



Gambar 2: Gambar kategis lelaki dan wanita ( 2 orang lelaki baju merah anak kategis)


Gambar 3: Anak kategis Charles (kanan) dan kategis James (kiri)





Terima Kasih, Canalius.

No comments:

Post a Comment