Sunday, May 31, 2015

SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH 2015

Syukur dan puji Tuhan, seminar Hidup Baru Dalam Roh yang telah dianjurakn di kampung Kiulu Baru Lumat pada 29-31Mei (3 hari 2 malam) dapat berjalan dengan lancar. Amat mengagumkan seminar ini telah dihadiri lebih daripada 300 orang peserta. Peserta kali ini bukan sahaja daripada belia Beaufort, tetapi juga belia dari bahagian pantai barat Sabah. Semoga semua belia yang mengikuti seminar ini mendapat pembaharuan dan input yang berguna. Meskipun saya tidak mengikuti seminar ini, namun amat bersyukur pada hari pertama seminar ini dihadiri oleh father Gilbert begitu juga semasa hari terakhir. Apa yang saya  tertarik ialah suatu perkongsian father Gilbert semasa homili pada hari pertama (jumaat). Father Gilbert telah memberikan satu ulasan yang panjang berkaitan dengan ketuhanan Yesus. Menurutnya, ketuhanan Yesus bukan sahaja tercatat pada kitab Injil Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament) tetapi juga terdapat tokoh lain yang menyatakan dan menulis berkaitan dengan ketuhanan Yesus (Father Gilbert, 2015). Antara tokoh tersebut ialah Jocopus dan Sostineus (ada banyak lagi tapi itu sahaja yang saya ingat). Meskipun mereka bukanlah penganut agama Krisitan namun percaya dengan ketuhanan Yesus. Bahkan, terdapat 36000 naskah luar daripada alkitab yang telah menulis tentang ketuhanan Yesus. Kenapa kita perlu sangsikan lagi tentang ketuhanan Yesus. Markus 2:5 "DOSA KAMU SUDAH DIAMPUNI", inilah satu kata yang masih segar di ingatan saya. Secara peribadi saya percaya bahawa kata-kata ini menunjukkan bahawa hanya Yesus (Immanuel) sahaja yang boleh mengampuni dosa manusia, kerana dialah nabi terakhir yang diutus oleh Tuhan untuk menghapuskan dosa manusia. Amen.

No comments:

Post a Comment