Sunday, April 10, 2016

Canalius Campus Life Episode 1


 ‎8 ‎September, ‎2014

Muka semasa semester pertama pergi kuliah, punyalah skema masa tu. Kuliah jam 8, ok ready dan set jam pukul 5:30 pagi lagi. Lepas tu pergi mandi, kalau bab jadul tu jangan tanya lah yer, dari semalam lagi dah susun semua. Lepas mandi 10 minit, bersiap lah pakai baju segala. Masa ini tinggal di kolej kediaman E, UMS .. sekarang dah ubah nama da. Jam 6.00 pakai stokin dan kasut segala. lepas tu siap nak gerak mungkin jam 6.30 begitulah nak turun cari bas kan.. hahaha.. omg gila skemanya.. dalam jam 7 lebih gitu sampai di kelas, Hahahahaahhahaha..... menunggu la di luar.. sanggupnya...ish!! baju pun time tu saya still pakai formal, ikut dengan schedule yang ditetapkan oleh UMS la.. Tapi sekarang jangan tanya la......

 ‎8 ‎September, ‎2014

Actually ini lah saya geng (eh geng ke??..boleh la) semasa semester pertama, wooo... semua pun skema kan.. formal gitu hahaha... ye la still fresh lagi dekat ums ne kena lah beradab sikit. hahahaa... semakin hari terasa diri ini semakin hebat. lebih-lebih lagi kenal dengan budak yang satu course dengan kita. Actually, first masuk UMS ne memang nak cari kawan yang sebangsa dengan saya, tak kira lah Islam ke Krisitan (bukan racist, tapi adalah sebab tersendiri). Sebab saya tau semua orang dusun ne baik-baik dan humble.. haha.. first saya kenal and nampak tapi, tak tegur lah.. tengok gambar dekat bawah.
‎9 ‎March, ‎2016

Budak ne, nama dia c Masran.. hahaha... oi budak, saya nampak ko masa di dewan Resital,time itu semua course sejarah kena bagi kumpul. Banyak-banyak orang dia juga saya terfokus, (jangan fikir lain-lain ah), sebab saya nampak dia mcm orang dusun. ahaha.. tengoklah tu dari segi fizikal n rupa pun dah tau macam orang dusun. My first impression is bad,  macam baru keluar dari gua ne orang, lagi-lagi rambut dia masa itu sting (ala2 botak lah lebih senang)..nerd gila budak ne.. ok fine.. memandangkan diri saya tidaklah skema sngat, terus rasa lain... susah jadi geng ne, macam lurus bendul sahaja saya nampak ne.. hahaha.. Masran jangan marah... tapi sebenarnya tekaan saya salah selama ne... haha.. lepas tu, lagi saya ketawa semasa pemilihan exco akademik dia kena pilih, sampai merah2 muka lagi..lucu ko masran!! ok sampai sana sahaja certita ko!!..


Dan.. orang yang pertama saya bercertia dalam course sejarah siap minta ID Wechat lagi, ne tengok dekat bawah.
‎28 ‎February, ‎2015
Orang yang pakai baju kelabu tu .. nama dia c Alif. Masa tu saya lambat sampai pergi kelas n terkial-kial satu orang pun saya tidak kenal aduiii... lepas tu tengok muka semua macam bapa2.. matilah, rasanya saya satu orang saja nampak mcm budak ne (sebab pindik+comel). lepas tu duduk lah di belakang n dekat dengan budak ne. Masa itu kuliah sejarah. OMG.... lagi-lagi sejarah, salah course saya ne.. tengok yang lain wow!!! meletup ko jo.. siap salin nota lagi.. saya ne, trep2 lah menyalin juga nota, kalau diikutkan saya lah paling malas menyalin.. lagi2 sejarah, mesti saya akan tidur.. tapi gara2 terpakasa, yalah dapat course sejarah kan kenalah juga ikut2 orang lain menyalin. so, dengan memberanikan diri saya start lah conversation dengan budak tu!!, ceh menyampahnya perangai saya buat style mature lagi... minta ID wechat segala supaya senang nak berhubung, yalah nanti kalau ada apa2 boleh minta tolong kan... oi!! di campus kalau hidup seorang-seorang memang tak la!! kena ada orang sampingan juga,, yalah, nti kalau ko tidak datang kelas boleh minta tolong signkan.. hahaha.... ok stop di sana sahaja cerita c alif!! banyak lagi saya mau cerita ne........ jangan dulu kamu lari ahhh...... 

Lepas balik kelas tu saya terserempak dengan dua orang budak ne....
‎Thursday, ‎14 ‎January, ‎2016
Masa itu baru lepas kelas, iaitu selepas proses pemilihan sebagai exco n ketua bagi course sejarah. Terserempak dengan dua budak ne.... ceh mengada, saya terus pergi tegur lah.. hahaha... saya pasti orang dusun mana ada yang sombong semua humble sahaja.. cerita-cerita perkenalkan diri segala.. hahah... lucu la!! banyaklah moment yang tidak dapat dilupakan.. proses perkenalkan diri yang paling booom!!!, actually nama saya YUS, tapi nak sembunyikan a real identity dan guna la nama WELL, sampai sekarang (wakkaka... tertipu sudah kamu) tapi tidak apalah ya best juga nama ne... kenal dengan dorang dua rasa macam dapat hidup sudah di UMS.. hahaha... bukan nak pilih kawan tpi proses adaption kalau dengan bangsa sendiri itu sangat mudah, cerita pun senang masuk.. yalah ibaratnya ko cerita pasal cartoon n the others certia pasal politican ... so masuk ke ceritanya??...  

Tapi sebenarnya saya ada kenal juga dengan orang semenanjung,  dia saya anggap macam bapa2 sebab matang betul muka dia... tengok gambar di bawah ..

(lupa tarikh)

Orang semenanjung (baju hijau) dari Terengganu yang mula saya kenal...dialah ketua kami masa semester pertama.. rapat lah dengan dia, satu group debate lagi.. masa tu, dia suka bawa jalan-jalan so kita follow sahaja lah.. Gara-gara rapat dengan dia, so banyak lah aktiviti under sejarah dapat join termasuklah pergi Brunei, Sarawak, family day, n dia lah orang pertama yang bawa saya pergi KUDAT.. wakakakakak... lucu kan !! orang sabah sendiri pun tidak pernah pergi kudat.. yang sebelah saya tu pakai topi, paling pelik.. Masa itu, dalam kuliah sejarah dia di depan saya.. saya berabis tulis nota guna 1 batang pen, dia siap guna 3 batang pen dengan colour yang berbeza. Colourful betul nota dia salin... saya sempat lagi post di Wechat "mengada-ngada orang ne" haha jangan marah . ok stop di sana lah cerita kamu!!!.. actually banyak lagi...

Beberapa hari kemudia kena bagi la tugasan sejarah.. so saya berabis cari geng untuk buat bersama, lebih-lebih lagi soalan pertama... hahaha.. huh!!! akhirnya dapat juga geng lah... sebangsa dengan saya juga.
‎Tuesday, ‎3 ‎November, ‎2015,

Haha.. Betapa senangnya hati dapat geng buat tugasan bersama.. ne pun orang dusun juga dari Ranau,. First fikirkan kristian, siap mau tanya lagi "kalau hari minggu ne ko p gereja mana?".. Fikiran saya sempit sangat masa itu, hahaha.. lepas tu minta no hp segala supaya senang nak discuss.. first impression saya memang dah rasa dia ne jenis yang education punya orang.. Siap tanya result lagi masa dalam bas...peh! dengan bangganya dia ckp "7A Spm n stpm 3.5, terus sya pun tidak mau mengalah " oh sma lah result kita".. hehehe.. dalam fikiran saya " ceh menyampanya.." Hasif jangan marah ah... wkakaka....tapi ok lah.. melalui dia saya dapat kenal dengan geng2 dia juga..  dorang lah juga yang bawa saya p arkib cari bahan.. 
‎(lupa tarikh)
Ini masa pergi cari bahan Sejarah (semester kedua), tapi saya tidak jumpa-jumpa bahan. Lepas cari bahan tu, kami jalan-jalan lah pergi Center Point.. ok stop di sini!!!!! kenapa geng saya lelaki ja... actually sem 2 dapat jumpa geng perempuan.. masa itu kelas bi, ternampak la orang-orang dusun di sana.. hahaha.... oi Ester, Ag, Wea2 n Marcella... di sana baru saya kenal kamu...
(2016 sebelum balik cuti sem)
Actually panjang cerita ne, tapi tangan saya penat sudah menaip ok.... Tapi memang time kelas bi baru jumpa mereka ne.. tidak sangka pula satu course ah... Cuma yang pegang camera tu ja lain course.. Banyak lagi nak share ne, tapi masa tak mengizinkan.. TO BE CONTINUED.

Thursday, March 31, 2016

Jalan-jalan di Ranau




Bukan senang nak berkumpul dengan family, lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga sendiri kan. Foto ini diambil pada 27/12/2015 kalau saya tidak silap. Lokasi di Ladang Lembu, Ranau. Tempat ini memang best, bagi mereka yang ingin merasa susu lembu yang fresh, boleh la datang di tempat ne.

Wednesday, September 2, 2015

Kampung Kiulu Baru Lumat (St.Yohanes Lumat): Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lum...

Kampung Kiulu Baru Lumat (St.Yohanes Lumat): Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lum...: KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik.  Objektif ...

Lawatan Kelompok Kitab Suci (KKS) St. Yohannes Lumat

KKS atau lebih dikenali sebagai Kelompok Kitab Suci merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan iman umat katolik.  Objektif utama KKS adalah untuk mengupas inti pembacaan Injil yang dibacakan pada masa itu. Biasanya, pembacaan hari itu dipetik daripada Injil yang akan diwartakan pada hari minggu. KKS ini dimulai dengan pembacaan doa daripada pemimpin yang bersedia. Pemimpin KKS adalah berganti-ganti pada setiap minggu. Selepas pembacaan doa, pembahagian kumpulan akan dilakukan dan setiap kumpulan itu akan diketuai oleh seorang ketua. Kemudian, ketua itulah yang memimpin KKS dengan meminta mana-mana ahli yang bersedia untuk membaca petikan Injil. selesai pembacaan petikan Injil, diminta mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang tersentuh dengan mana-mana ayat petikan dengan membacanya sebanyak 3 kali. Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk merenung pembacaan hari itu, diikuti dengan perkongsian peribadi dan akhir sekali ialah pembentukan Sabda Tuhan melalui pembacaan hari itu. Satu perbincangan yang ramai akan dilakukan untuk mencantumkan Sabda Tuhan tersebut daripada kumpulan-kumpulan. Apabila Sabda Tuhan sudah terbentuk maka, sabda itulah yang akan dipegang selama seminggu.

Sebelum ini KKS hanya dijalankan di gereja sahaja dan masih kurang mendapat sambutan daripada umat. Namun kini, KKS telah mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa, senior belia dan juga junior belia. KKS ini dijalankan di rumah-rumah penduduk kampung yang sudah bersedia menerima kedatangan umat. Ianya dijalankan sebanyak 1 kali dalam seminggu. Kini KKS dipengerusi oleh Puan. Hilda George dengan pembantunya Puan. Anita Kumpat. Penulis berharap agar KKS ini dapat diteruskan dan penglibatan belia juga dapat ditingkatkan.

Gambar 1 Pelayan KKS 27 August 2015

Gambar diatas merupakan gambar terakhir KKS untuk tahun 2015 yang bertempat di rumah En. Limson iaitu KKD Kristus Gembala Baik. Sebenarnya masih banyak lagi pelayan KKS tetapi ada yang sudah berhijrah melanjutkan pelajaran dan ada yang tidak dapat menghadirkan diri.



Disediakan oleh, Canalius.






HARI KATEGIS ST. YOHANNES LUMAT BEAUFORT 31/08/2015

Pada 31 ogos 2015 bersamaan dengan hari Isnin dan juga hari kemerdekaan Sabah, gereja St. Yohannes Lumat telah meraihkan sambutan hari kategis peringkat Beaufort. 

Sambutan umpama ini meruapakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan untuk mengingati dan menghargai sumbangan para kategis selain untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara mereka.

Sambutan hari kategis ini amat meriah lebih-lebih lagi dengan perisiannya seperti berkongsi pengalaman hidup, quiz, isi air dalam botol, belon terbang dan game mencari Isteri (suami ditutup mata). 

 Ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang dan juga kepada para belia yang telah bersusah paya untuk mengendalikan semua aktiviti ini. Setinggi-tinggi terima kasih  kepada Rev. Father Gilbert yang turut hadir untuk merasmikan hari kategis peringkat Beaufot. Terima kasih juga kepada para kategis kerana anda telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. 

Semasa majlis penutupan yang dipimpin oleh Rev. Father Gibert, mengumumkan bahawa Hari Kategis pada tahun hadapan bertempat di St. Thomas, Takuli dengan tarikh yang sama.



Gambar 1: Merupakan gambar kategis bersama keluarga dan Rev.Father Gilbert Paroki Beaufort 31 ogos 2015.



Gambar 2: Gambar kategis lelaki dan wanita ( 2 orang lelaki baju merah anak kategis)


Gambar 3: Anak kategis Charles (kanan) dan kategis James (kiri)





Terima Kasih, Canalius.

Rafting Kiulu Tamparuli (Rexus UMS program)



Rafting yang sungguh-sungguh mencabar, lebih-lebih lagi kalau baru main pertama kali. Namun, kegembiraan amat memenuhi kepuasan, bila berkayak dengan tenaga emapt kerat sendiri. Wah! sioknya itu di sana, Memang mencabar, airnya deras dan mungkin kalau tidak biasa nampak air tu, rasanya boleh pening juga. Tapi percayalah memang selepas sahaja selesai berkayak confirm mau lagi. Hahaha... begitulah pengalaman saya secara pribadi. Jadi kepada orang semenanjung yang suka sangat berjalan-jalan tu, saya suggest untuk pergi ke sini. 

Monday, June 29, 2015

KELOMPOK KITAB SUCI ST.YOHANES LUMAT

PROGRAM MINGGU ALKITAB
TARIKH:19 JULAI 2015

ACARA YANG AKAN DIADAKAN

1) Kuiz Alkitab (3 orang wakil untuk setiap KKD untuk kategori belia (15-34tahun) dan kategori dewasa 35 tahun ke atas. Yuran:Rm10 untuk setiap satu KKD.
-Dikehendaki membaca kitab perjanjian lama Yosua 1:24, Hakim 1:21, Perjanjian Baru markus 1:16, roma 1:16.


2)Pertandingan membaca alkitab (13-15 tahun)
Kreateria yang diadili, intonasi, disiplin, lontaran suara, pakaiaan, gaya bahasa dan eyes contact.


3)Pertandingan Mazmur
-Terbuka untuk 13 tahun ke atas
-Sekiranya penyertaan ramai maka penapisan akan dilakukan pada 12 Julai 2015


4) Games cari harta karun dan susun ayat-ayat alkitab


5)Pertandingan mewarna terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7-12 Tahun (Peralatan warna sediakan sendiri)